Bab
22
Sudah
lewat petang namun Tengku Deniel masih belum pulang ke rumah. Hati Amelia
diserbu risau tiba-tiba. Dia terus bangun dari sofa lantas menapak ke arah
tangga untuk naik ke biliknnya. Bunyi deruan kereta masuk ke parkir mematikan
langkahnya. Dia terus berlari ke arah pintu.
Senyuman
menawan terus meniti di bibirnya apabila suaminya sudah pulang. Lega. Bagai air
dingin yang disiram ke hatinya memadamkan api kerisauannya sebentar tadi.
“Yang
kau senyum-senyum kenapa?” Tengku Deniel terus bertanya dengan dahi yang
berkerut.
“Salah
ke aku nak senyum kat suami aku?” Amelia menarik muncung.
“Tak
salah tapi aku peliklah. Selalu tu serang aku. Penamparlah, penumbuklah yang
kau ‘hidang’ kat aku ni.”
Amelia
hanya tersenyum. Dia menapak ke arah suaminya lantas tangan suaminya itu
disalam dan dicium. Tengku Deniel tersenyum. Terserlah ketampanannya dengan
lesung pipit comel di kedua-dua belah pipinya itu.
“Kau
pergi mana? Aku rindu kau tau tak?” Amelia bertanya sambil berjalan beriringan
bersama suaminya.
“Beli
barang. Sambil tu tak sangka terjumpa kawan lama. Kawan baik. Tu yang lambat
balik. Aku lepak dengan dia dengan Danny sekali.”
“Dah....”
Belum pun sempat Amelia menghabiskan ayat Tengku Deniel sudah mencelah.
“Dah
sembahyang dah tadi. Kat masjid.” Jawapan itu membuatkan Amelia tersenyum.
Macam tau-tau saja.
Mereka
berdua masuk ke bilik mereka. Amelia memandang suaminya. Lantas dia teringat
pada perbualannya bersama rakan baiknya petang tadi.
“Kalau
kau dah suka, sayang, cinta dia kau luahkan ajelah. Dia bukannya orang lain,
suami kau jugak. Kalau dia tu boyfriend
kau kot-kotlah nampak macam perigi cari timba. Tapi dia tu suami kau. Dari kau
cerita kat aku yang dia tu akan pujuk kau masa kau sedih teringat kat papa kau
tu dah menunjukkan yang dia tu sayang kat kau. Kau pernah dengar tak yang kalau
kita ada rasa sesuatu kat seseorang tu berkemungkinan besar yang dia pun ada
rasa yang sama macam kita? Haa mungkin yang dia tu dah sayangkan kau? Kau aje
yang tak tau?
Kau
sebagai isteri sebolehnya janganlah asyik buat perangai kasar kat dia.
Kejap-kejap tampar, tumbuk. Kau kena hormatkan dia sebagai suami.” Panjang
lebar nasihat Faizatul Haida itu.
“Tapi
aku seganlah. Rasa macam kawan aje dengan dia. Tu yang aku buat macam tu. Aku
tak sedar apa yang aku dah buat. Tapi kan agak-agak kaulah dia terima tak cinta
aku ni kalau aku bagitahu dia nanti?” Amelia menopang dagu. Matanya tepat pada
muka sahabatnya itu.
“Kalau
tak terima pun, mesti dia terfikir yang kau tu isteri dia yang dah banyak bantu
dia. Takkan dia nak lepaskan kau hanya kerana dia tak cintakan kau?
Sekurang-kurangnya dia hargai segala pertolongan yang kau dah beri.”
Amelia
tersedar dari lamunan selepas Tengku Deniel mencuit bahunya.
“Ai
teringatkan siapa tu? Samapai suami kat sebelah kau pun tak sedar?” Tengku Deniel
bertanya sambil berbaring atas katil.
“Teringat
kat pakwe aku.” Pendek jawapan Amelia.
Berubah
muka Tengku Deniel sebaik mendengar jawapan isterinya itu. Hatinya gelisah
tiba-tiba. Jika betul Amelia punya kekasih hati, macam mana perasaannya yang
sudah lama ditahan itu? Dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan, menari tanpa
teman. Tengku Deniel mengetap bibir.
“Betul
kau ada pakwe?” bergetar suara Tengku Deniel.
Amelia
tersenyum sambil mengangguk lantas dia meninggalkan suaminya lalu menapak ke
arah bilik air. Tengku Deniel amat terkejut dengan tindakan Amelia itu.
Nampaknya cintanya tidak kesampaian. Tapi bagaimana dengan kerinduan yang Amelia
ungkapkan setelah sekian lama? Adakah satu lakonan semata-mata? Ya ALLAH
bantulah hambamu ini untuk terus mempertahankan rumah tangga ini. Doanya dalam
hati.
Dia
amat berharap yang Amelia menaruh hati kepadanya. Dia ingin sekali mencurahkan
segala kasih sayangnya kepada Amelia. Hanya isterinya. Bukan wanita lain.
Sememangnya bukan Lina.
TENGKU Deniel mengajak
Amelia makan di luar pada malam ini. Dia bertekad untuk meluahkan segala isi
hatinya kepada isterinya itu. Dia mahu menjadi suami yang sempurna kepada
Amelia.
“Weyh Aina, cepatlah! Lambatlah kau
ni bersiap.” Rungut Tengku Deniel dari luar bilik tidur mereka.
“Kau boleh sabar tak?” jerit Amelia
dari dalam bilik.
Selepas beberapa minit, Amelia
keluar dari bilik. Dia tidak nampak kelibat suaminya. Mungkin ada di bawah. Dia
terus menapak turun ke bawah
Tengku Deniel yang sedari tadi
mengelamun terus tersedar apabila terdengar derap langkah seseorang. Dia pantas
memusingkan kepalanya. Bulat matanya memandang Amelia yang amat jelita itu.
Blaus lengan panjang berwarna merah hati berbunga hitam dikenakan dengan jeans putih berserta tudung dua tone berwarna merah jambu di kepala
menyerlahkan keayuan Amelia.
“Yang kau macam nak telan aku ni kenapa?”
pertanyaan Amelia itu menyedarkan Tengku Deniel.
“Kau tu cantik sangat. Aku macam tak
kenal tadi.” Ikhlas jawapan yang Tengku Deniel tuturkan.
Mereka beriringan berjalan menuju ke
kereta Tengku Deniel. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam seribu bahasa.
Fikiran Tengku Deniel menerawang entah ke mana. Pada masa yang sama dia juga
risau andai makan malam yang dia sudah aturkan menjadi sia-sia hanya kerana dia
ingin meluahkan perasaannya kepada Amelia.
Amelia pula berkira-kira ingin
memberitahu Tengku Deniel tentang perasaannya itu malam ini juga. Dia sudah
nekad. Dia tidak mahu lagi rasa itu ditahan di lubuk hati. Pedih. Amat pedih
jadinya. Dia tidak kira. Apa nak jadi, jadilah. Apa yang penting bebanan rasa
itu sudah dilepaskan.
Tengku Deniel memarkirkan kereta di
tempat parkir hotel lima bintang itu. Dia terus keluar dari keretanya dan
dengan laju dia tolong bukakan pintu untuk isterinya. Amelia hanya tersenyum
dengan tingkah suaminya itu.
Mereka beriringan masuk ke dewan
makan hotel itu. Mereka duduk di meja yang sudah ditempah khas oleh Tengku
Deniel. Amelia menjadi peliki tiba-tiba. Selama mereka kahwin, tidak pernah
lagi suaminya mengajaknya keluar makan malam sebegitu.
“Aina tadi aku dah tempah semua
termasuk makan. Kita perlu tunggu sajalah.” Bicara Tengku Deniel kedengaran
begitu lembut sekali. Amelia hanya tersenyum.
Selepas beberapa minit, semua
makanan sudah dihidangkan oleh pelayan. Mereka terus menjamu selera. Semasa
mereka makan, sekumpulan pemain biola memainkan lagu-lagu cinta di tepi mereka.
Amelia memandang Tengku Deniel dengan pandangan yang hairan. Namun Tengku
Deniel hanya tersenyum.
Usai makan, mereka leka menonton
persembahan dari pihak hotel. Tengku Deniel gelisah. Dia tidak tahu bagaimana
harus memulakan ayat. Amelia juga begitu. Dia ingin lepaskan semuanya pada
malam ini juga tetapi dia tidak tahu hendak mulakan bicara. Lidahnya kelu untuk
berbicara.
“Aina....”
“Hussien...” serentak suara mereka.
Lantas mereka tersenyum.
“Kau dulu.” Serentak lagi suara
mereka. Kali ini tawa kecil kedengaran.
“Okeylah aku dulu. Ladies first.” Akhirnya Amelia memutuskan.
Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
“Aku dah lama nak cakap pasal ni
tapi aku malu dan kau selalu tak ada. Aku dah lama tahan. Makin lama aku tahan,
makin pedih hati aku. Aku tak tau macam mana dia datang tapi dia tak pernah
hilang dari hati aku. Aku sentiasa rindu kau masa kau tak ada. Dan masa kau ada
depan aku memang aku nak cakap tapi aku tak ada kekuatan. Malam ini aku tak
kira apa pun jadi aku mesti bagitahu ka jugak.
Aku.....sayang....kau.
Aku....cintakan.....kau....Tengku Deniel Ezairie Al-Hussien Tengku Khairie.”
Amelia melepaskan nafas berat. Dia berasa lega. Tengku Deniel memandang wajah
Amelia tanpa berkelip. Dia tidak percaya apa yang baru dia dengar dari mulut
Amelia. Amelia terpandang Tengku Deniel. Dia pantas menundukkan wajah. Malu
apabila suaminya pandangnya sebegitu.
“A....Aina. Aku pun nak bagitahu
benda yang sama pada kau. Dah lama aku pendam perasaan ni tapi aku takut aku
tak ada tempat dalam hati kau. Aku takut kau dah ada kekasih hati. Aku sayang
kau Aina. Aku cintakan kau. Aku tak tahu bila dia datang tapi aku sedar yang
aku memang sayang dan cintakan kau.
Aku nak kita jangan berpisah
langsung okey? Aku tak sanggup kehilangan kau. Aku sayangkan kau. Aku takkan
sekali-kali lukakan hati kau. Kita tak akan berpisah melainkan takdir.” Tenang
suara Tengku Deniel. Matanya sarat dengan api cinta terhadap isterinya itu.
Tangannya mencapai tangan Amelia. Dia mengukir senyum tatkala merasa tangan
isterinya itu sejuk mengalahkan air batu.
“Pandanglah aku.” Pinta Tengku
Deniel. Perlahan-lahan Amelia mengangkat wajah. Dia tersenyum. Tengku Deniel
juga membalas senyuman itu.
Tiba-tiba Tengku Deniel bangun dari
kerusi. Dia menapak ke arah pentas. Amelia pelik melihat kelakuan suaminya itu.
Tiba-tiba terdengar suara Tengku Deniel mengalunkan suara menerusi mikrofon
itu.
“Hadirin sekalian saya minta maaf.
Saya mengganggu anda sebentar. Saya ingin menyanyikan lagu buat isteri saya
yang amat saya cintai. Nur Aina Amelia binti Kaharuddin Abdul Majid yang duduk
di meja hujung sana. Sambil-sambil tu saja nak melepaskan gian. Lama tak
menyanyi.” Para hadirin ketawa dengan ucapan Tengku Deniel itu. Amelia juga
turut sama tersenyum. Dia agak segan dengan mata-mata yang memandang.
“Terimalah sayang. Cuma Kamu.”
Bila nanti ada yang mencintaiku
Tak akan pernah aku menerimanya
Dan bila nanti datang bidadari
Tak akan pernah hatiku kan kuberi
Tak akan pernah hatiku kan kuberi
Karna kamu wanita yang telah ku
pilih
Cuma kamu penjaga hati ini
Karna kamu wanita yang telah ku
pilih
Ku mohon jangan pergi
Jadilah wanita yang kupuja
Untuk selama-lamanya
Jadilah wanita yang sempurna
Selama kau bernyawa
Karna kamu wanita yang telah ku
pilih
Cuma kamu penjaga hati ini
Karna kamu wanita yang telah ku
pilih
Ku mohon jangan pergi
Jadilah wanita yang kupuja
Untuk selama-lamanya
Jadilah wanita yang sempurna
Selama kau bernyawa
Jadilah wanita yang kupuja
Untuk selama-lamanya
Jadilah wanita yang sempurna
Selama kau bernyawa
Hooo.....ooooo....uuuuuhhhh
Dewan
makan itu gamat dengan tepukan para hadirin. Mereka sungguh kagum dengan
kelunakkan suara Tengku Deniel menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh
kumpaulan Kangen Band itu. Tengku Deniel mengangkat tangan tanda hormat pada
para hadirin. Apabila sampai di meja makan, Amelia hanya mampu tersenyum. Dia
sendiri bangga dan kagum dengan Tengku Deniel. Sungguh dia tidak menyangka akan
lunaknya suara suaminya menyanyi.
“Sedap suara kau.” Puji Amelia.
“See the leg lah.”
Tengku Deniel ketawa besar. Tiba-tiba pebgurus hotel datang kepada mereka.
Pelik Amelia dan Tengku Deniel.
“Encik nama siapa? Semua terpegun dengan encik tadi.
Kerjalah dengan kami. Jadi penyanyi tetap kami. Bolehkan?” tanya pengurus itu
dengan wajah yang manis.
“Saya Deniel Ezairie. Saya dah ada kerja tetap. Alah yang
tadi tu hanya nak lepas gian aje.” Tengku Deniel menolak sambil tersenyum.
“Kalau macam tu tak apalah. Saya minta maaf. Bertuah awak
dapat suami macam Encik Ezairie ni puan.” Pengurus itu sempat mencuit bahu
Amelia. Dia hanya tersenyum lantas berjabat salam dengan Tengku Deniel dan
Amelia sebelum berlalu pergi.
“Kau tengok. Betapa lunaknya suara aku tadi sampai ada
yang nak offer aku jadi penyanyi
lagi.” Tengku Deniel mendabik dada.
“Masuk lif tekan sendiri. Menyampah. Kalau nak menyanyi
tadi hanya nak dapatkan pujian, baik tak payah. Buang air liur aje.” Amelia
menarik muka. Tadi bukan main romantik. Bila cintanya terbalas, dalang balik
peranagai gila-gilanya itu. Amelia mengeluh dalam hati.
Tengku
deniel hanya ketawa sebaik mendengar komen Amelia. Hatinya berbunga riang di
saat Amelia mengungkapkan kata cinta kepadanya. Mati-mati dia fikir yang Amelia
sudah mempunyai teman istimewa. Namun senyumannya terhenti apabila mindanya teringat
yang Amelia pernah berbual melalui telefon bimbit untuk mengahwini lelaki lain.
Dia cepat-cepat mengawal perasaannya. Dia benar-benar berharap yang perbualan
itu hanyalah satu gurauan.
0 comments:
Post a Comment