BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

mY nAME

HelLo!

Tuesday, 12 November 2013

kesakitan akibat hati dan perasaan

hmm assalamualaikum....cukuplah sikit2 berspeaking...skarang nk cakap bahasa ibunda pula....hmm hari nii aku nak bercakap pasal hati dan perasaan aku.....especially about men.....aku skrg dah malas nak makan hati dgn sikap depa....asyik nyakitkan hati aku shj....mula2 kpel ngn wan muhammad haikal bin wan razali.....hancur di tengah jalan...aku dah tak tahan ngn perangai...xboleyh lebih.....hahaha pastuu sahabat baik aku...mula kenal masa bulan 5 hari 2012 hari tuu....tapi dia dah sukakan org lain...apa hati ini boleh biat????terima aje laa.....and masa tuu jugak laa hati aku boleh suka kat someone ini...tapi lagi sekali hati aku patah seribu and transformed into tiny particles...because of kawan baik aku sendiri masa tuu dah couple ngn dia.....aku terima dengan doa aje laa.....tapi last2 kawan baik aku tuu yang betray dgn akuu...buatkan Nur syahirah atikah....siti nur wahyu n nur syazwani marah sgt2 dgt aku.....n fatimah attohiroh.....hmm mls fkir pasal tuu...buat nk nangis je...

conclusion pasal lelaki adalah....depa nii boleh nak dibuat kawan...tapi tak boleh judikan untuk hati dan perasaan...kenapa??????last2 kita yang sakit wahai wanita.....aku dah penat sakit...aku dah penat terlambat...aku dah penat segalanya......tolongla lelaki...kalau sayang...tunjukkan aku kasih sayangmu.....dan tolong....kalau xboleh nak balas perasaan aku pon...cukuplah sekadar menjadi kawan terbaik.....

hmm alhamdulillah aku dah dapat tolong sahabatku Mohd Sobri bin Azmi.....waa masalah dia......takut or xboleh buat msa pspm hari tuu....aku tolong je laa.....nama pun sahabat kan????lepas tuu aku xsangka pula yusri bin wahab pun ada msalah yg sama tapi xserupa ngn cik sabar nii...aku pun tolong laa
as a kaunselor tak bergaji hahahaha

seronok sebenarnya dapat tolong orang nii...rasa senang hati...even kita pun akan kalah....tapi aku seronok sahabat yang pernah aku tolong xda laa nk give up sangat....

and kepada rakan-rakan wanitaku tolong laa jangan marah aku....aku banyak kawan lelaki daripada wanita.....sebab apa???/sebab lelaki boleh diminta tolong pada bila2 masa dan tempat...tetapi kita juga xboleyh jadi bodoh hanya kerana lelaki......sekian wassalam

Sunday, 3 November 2013

khidupan baruku....

hahaha as a matriculation student.....i have the same word and the same flashback when i asked my friends...."how is your matriculation life?"....the answer is....alaa xboleh ikut laa....laju....pnat aku nk kejar....
okay...i know that....and i admit that our learning style is not same with others but we have to know the best way for us to study and learning in matriculation.....if all of us have the right and the best study plus learning way...i think all those ridiculous answer will not exist.....hahahaha yes i know that.....and i'm sure that if we interested in learning....get the goal in our life.....we can avoid stress and tension in study.....try to make yourself happy and enjoy in study......hahahaha got to go

Thursday, 14 March 2013

aku sayang cinta kau



Bab 22
Sudah lewat petang namun Tengku Deniel masih belum pulang ke rumah. Hati Amelia diserbu risau tiba-tiba. Dia terus bangun dari sofa lantas menapak ke arah tangga untuk naik ke biliknnya. Bunyi deruan kereta masuk ke parkir mematikan langkahnya. Dia terus berlari ke arah pintu.
Senyuman menawan terus meniti di bibirnya apabila suaminya sudah pulang. Lega. Bagai air dingin yang disiram ke hatinya memadamkan api kerisauannya sebentar tadi.
“Yang kau senyum-senyum kenapa?” Tengku Deniel terus bertanya dengan dahi yang berkerut.
“Salah ke aku nak senyum kat suami aku?” Amelia menarik muncung.
“Tak salah tapi aku peliklah. Selalu tu serang aku. Penamparlah, penumbuklah yang kau ‘hidang’ kat aku ni.”
Amelia hanya tersenyum. Dia menapak ke arah suaminya lantas tangan suaminya itu disalam dan dicium. Tengku Deniel tersenyum. Terserlah ketampanannya dengan lesung pipit comel di kedua-dua belah pipinya itu.
“Kau pergi mana? Aku rindu kau tau tak?” Amelia bertanya sambil berjalan beriringan bersama suaminya.
“Beli barang. Sambil tu tak sangka terjumpa kawan lama. Kawan baik. Tu yang lambat balik. Aku lepak dengan dia dengan Danny sekali.”
“Dah....” Belum pun sempat Amelia menghabiskan ayat Tengku Deniel sudah mencelah.
“Dah sembahyang dah tadi. Kat masjid.” Jawapan itu membuatkan Amelia tersenyum. Macam tau-tau saja.
Mereka berdua masuk ke bilik mereka. Amelia memandang suaminya. Lantas dia teringat pada perbualannya bersama rakan baiknya petang tadi.
“Kalau kau dah suka, sayang, cinta dia kau luahkan ajelah. Dia bukannya orang lain, suami kau jugak. Kalau dia tu boyfriend kau kot-kotlah nampak macam perigi cari timba. Tapi dia tu suami kau. Dari kau cerita kat aku yang dia tu akan pujuk kau masa kau sedih teringat kat papa kau tu dah menunjukkan yang dia tu sayang kat kau. Kau pernah dengar tak yang kalau kita ada rasa sesuatu kat seseorang tu berkemungkinan besar yang dia pun ada rasa yang sama macam kita? Haa mungkin yang dia tu dah sayangkan kau? Kau aje yang tak tau?
Kau sebagai isteri sebolehnya janganlah asyik buat perangai kasar kat dia. Kejap-kejap tampar, tumbuk. Kau kena hormatkan dia sebagai suami.” Panjang lebar nasihat Faizatul Haida itu.
“Tapi aku seganlah. Rasa macam kawan aje dengan dia. Tu yang aku buat macam tu. Aku tak sedar apa yang aku dah buat. Tapi kan agak-agak kaulah dia terima tak cinta aku ni kalau aku bagitahu dia nanti?” Amelia menopang dagu. Matanya tepat pada muka sahabatnya itu.
“Kalau tak terima pun, mesti dia terfikir yang kau tu isteri dia yang dah banyak bantu dia. Takkan dia nak lepaskan kau hanya kerana dia tak cintakan kau? Sekurang-kurangnya dia hargai segala pertolongan yang kau dah beri.”
Amelia tersedar dari lamunan selepas Tengku Deniel mencuit bahunya.
“Ai teringatkan siapa tu? Samapai suami kat sebelah kau pun tak sedar?” Tengku Deniel bertanya sambil berbaring atas katil.
“Teringat kat pakwe aku.” Pendek jawapan Amelia.
Berubah muka Tengku Deniel sebaik mendengar jawapan isterinya itu. Hatinya gelisah tiba-tiba. Jika betul Amelia punya kekasih hati, macam mana perasaannya yang sudah lama ditahan itu? Dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan, menari tanpa teman. Tengku Deniel mengetap bibir.
“Betul kau ada pakwe?” bergetar suara Tengku Deniel.
Amelia tersenyum sambil mengangguk lantas dia meninggalkan suaminya lalu menapak ke arah bilik air. Tengku Deniel amat terkejut dengan tindakan Amelia itu. Nampaknya cintanya tidak kesampaian. Tapi bagaimana dengan kerinduan yang Amelia ungkapkan setelah sekian lama? Adakah satu lakonan semata-mata? Ya ALLAH bantulah hambamu ini untuk terus mempertahankan rumah tangga ini. Doanya dalam hati.
Dia amat berharap yang Amelia menaruh hati kepadanya. Dia ingin sekali mencurahkan segala kasih sayangnya kepada Amelia. Hanya isterinya. Bukan wanita lain. Sememangnya bukan Lina.

TENGKU Deniel mengajak Amelia makan di luar pada malam ini. Dia bertekad untuk meluahkan segala isi hatinya kepada isterinya itu. Dia mahu menjadi suami yang sempurna kepada Amelia.
            “Weyh Aina, cepatlah! Lambatlah kau ni bersiap.” Rungut Tengku Deniel dari luar bilik tidur mereka.
            “Kau boleh sabar tak?” jerit Amelia dari dalam bilik.
            Selepas beberapa minit, Amelia keluar dari bilik. Dia tidak nampak kelibat suaminya. Mungkin ada di bawah. Dia terus menapak turun ke bawah
            Tengku Deniel yang sedari tadi mengelamun terus tersedar apabila terdengar derap langkah seseorang. Dia pantas memusingkan kepalanya. Bulat matanya memandang Amelia yang amat jelita itu. Blaus lengan panjang berwarna merah hati berbunga hitam dikenakan dengan jeans putih berserta tudung dua tone berwarna merah jambu di kepala menyerlahkan keayuan Amelia.
            “Yang kau macam nak telan aku ni kenapa?” pertanyaan Amelia itu menyedarkan Tengku Deniel.
            “Kau tu cantik sangat. Aku macam tak kenal tadi.” Ikhlas jawapan yang Tengku Deniel tuturkan.
            Mereka beriringan berjalan menuju ke kereta Tengku Deniel. Sepanjang perjalanan, masing-masing diam seribu bahasa. Fikiran Tengku Deniel menerawang entah ke mana. Pada masa yang sama dia juga risau andai makan malam yang dia sudah aturkan menjadi sia-sia hanya kerana dia ingin meluahkan perasaannya kepada Amelia.
            Amelia pula berkira-kira ingin memberitahu Tengku Deniel tentang perasaannya itu malam ini juga. Dia sudah nekad. Dia tidak mahu lagi rasa itu ditahan di lubuk hati. Pedih. Amat pedih jadinya. Dia tidak kira. Apa nak jadi, jadilah. Apa yang penting bebanan rasa itu sudah dilepaskan.
            Tengku Deniel memarkirkan kereta di tempat parkir hotel lima bintang itu. Dia terus keluar dari keretanya dan dengan laju dia tolong bukakan pintu untuk isterinya. Amelia hanya tersenyum dengan tingkah suaminya itu.
            Mereka beriringan masuk ke dewan makan hotel itu. Mereka duduk di meja yang sudah ditempah khas oleh Tengku Deniel. Amelia menjadi peliki tiba-tiba. Selama mereka kahwin, tidak pernah lagi suaminya mengajaknya keluar makan malam sebegitu.
            “Aina tadi aku dah tempah semua termasuk makan. Kita perlu tunggu sajalah.” Bicara Tengku Deniel kedengaran begitu lembut sekali. Amelia hanya tersenyum.
            Selepas beberapa minit, semua makanan sudah dihidangkan oleh pelayan. Mereka terus menjamu selera. Semasa mereka makan, sekumpulan pemain biola memainkan lagu-lagu cinta di tepi mereka. Amelia memandang Tengku Deniel dengan pandangan yang hairan. Namun Tengku Deniel hanya tersenyum.
            Usai makan, mereka leka menonton persembahan dari pihak hotel. Tengku Deniel gelisah. Dia tidak tahu bagaimana harus memulakan ayat. Amelia juga begitu. Dia ingin lepaskan semuanya pada malam ini juga tetapi dia tidak tahu hendak mulakan bicara. Lidahnya kelu untuk berbicara.
            “Aina....”
            “Hussien...” serentak suara mereka. Lantas mereka tersenyum.
            “Kau dulu.” Serentak lagi suara mereka. Kali ini tawa kecil kedengaran.
            “Okeylah aku dulu. Ladies first.” Akhirnya Amelia memutuskan. Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
            “Aku dah lama nak cakap pasal ni tapi aku malu dan kau selalu tak ada. Aku dah lama tahan. Makin lama aku tahan, makin pedih hati aku. Aku tak tau macam mana dia datang tapi dia tak pernah hilang dari hati aku. Aku sentiasa rindu kau masa kau tak ada. Dan masa kau ada depan aku memang aku nak cakap tapi aku tak ada kekuatan. Malam ini aku tak kira apa pun jadi aku mesti bagitahu ka jugak.
            Aku.....sayang....kau. Aku....cintakan.....kau....Tengku Deniel Ezairie Al-Hussien Tengku Khairie.” Amelia melepaskan nafas berat. Dia berasa lega. Tengku Deniel memandang wajah Amelia tanpa berkelip. Dia tidak percaya apa yang baru dia dengar dari mulut Amelia. Amelia terpandang Tengku Deniel. Dia pantas menundukkan wajah. Malu apabila suaminya pandangnya sebegitu.
            “A....Aina. Aku pun nak bagitahu benda yang sama pada kau. Dah lama aku pendam perasaan ni tapi aku takut aku tak ada tempat dalam hati kau. Aku takut kau dah ada kekasih hati. Aku sayang kau Aina. Aku cintakan kau. Aku tak tahu bila dia datang tapi aku sedar yang aku memang sayang dan cintakan kau.
            Aku nak kita jangan berpisah langsung okey? Aku tak sanggup kehilangan kau. Aku sayangkan kau. Aku takkan sekali-kali lukakan hati kau. Kita tak akan berpisah melainkan takdir.” Tenang suara Tengku Deniel. Matanya sarat dengan api cinta terhadap isterinya itu. Tangannya mencapai tangan Amelia. Dia mengukir senyum tatkala merasa tangan isterinya itu sejuk mengalahkan air batu.
            “Pandanglah aku.” Pinta Tengku Deniel. Perlahan-lahan Amelia mengangkat wajah. Dia tersenyum. Tengku Deniel juga membalas senyuman itu.
            Tiba-tiba Tengku Deniel bangun dari kerusi. Dia menapak ke arah pentas. Amelia pelik melihat kelakuan suaminya itu. Tiba-tiba terdengar suara Tengku Deniel mengalunkan suara menerusi mikrofon itu.
            “Hadirin sekalian saya minta maaf. Saya mengganggu anda sebentar. Saya ingin menyanyikan lagu buat isteri saya yang amat saya cintai. Nur Aina Amelia binti Kaharuddin Abdul Majid yang duduk di meja hujung sana. Sambil-sambil tu saja nak melepaskan gian. Lama tak menyanyi.” Para hadirin ketawa dengan ucapan Tengku Deniel itu. Amelia juga turut sama tersenyum. Dia agak segan dengan mata-mata yang memandang.
            “Terimalah sayang. Cuma Kamu.”
            Bila nanti ada yang mencintaiku
            Tak akan pernah aku menerimanya
            Dan bila nanti datang bidadari
            Tak akan pernah hatiku kan kuberi

            Karna kamu wanita yang telah ku pilih
            Cuma kamu penjaga hati ini
            Karna kamu wanita yang telah ku pilih
            Ku mohon jangan pergi

            Jadilah wanita yang kupuja
            Untuk selama-lamanya
            Jadilah wanita yang sempurna
            Selama kau bernyawa

            Karna kamu wanita yang telah ku pilih
            Cuma kamu penjaga hati ini
            Karna kamu wanita yang telah ku pilih
            Ku mohon jangan pergi

            Jadilah wanita yang kupuja
            Untuk selama-lamanya
            Jadilah wanita yang sempurna
            Selama kau bernyawa

            Jadilah wanita yang kupuja
            Untuk selama-lamanya
            Jadilah wanita yang sempurna
            Selama kau bernyawa
            Hooo.....ooooo....uuuuuhhhh

            Dewan makan itu gamat dengan tepukan para hadirin. Mereka sungguh kagum dengan kelunakkan suara Tengku Deniel menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpaulan Kangen Band itu. Tengku Deniel mengangkat tangan tanda hormat pada para hadirin. Apabila sampai di meja makan, Amelia hanya mampu tersenyum. Dia sendiri bangga dan kagum dengan Tengku Deniel. Sungguh dia tidak menyangka akan lunaknya suara suaminya menyanyi.
            “Sedap suara kau.” Puji Amelia.
            “See the leg lah.” Tengku Deniel ketawa besar. Tiba-tiba pebgurus hotel datang kepada mereka. Pelik Amelia dan Tengku Deniel.
            “Encik nama siapa? Semua terpegun dengan encik tadi. Kerjalah dengan kami. Jadi penyanyi tetap kami. Bolehkan?” tanya pengurus itu dengan wajah yang manis.
            “Saya Deniel Ezairie. Saya dah ada kerja tetap. Alah yang tadi tu hanya nak lepas gian aje.” Tengku Deniel menolak sambil tersenyum.
            “Kalau macam tu tak apalah. Saya minta maaf. Bertuah awak dapat suami macam Encik Ezairie ni puan.” Pengurus itu sempat mencuit bahu Amelia. Dia hanya tersenyum lantas berjabat salam dengan Tengku Deniel dan Amelia sebelum berlalu pergi.
            “Kau tengok. Betapa lunaknya suara aku tadi sampai ada yang nak offer aku jadi penyanyi lagi.” Tengku Deniel mendabik dada.
            “Masuk lif tekan sendiri. Menyampah. Kalau nak menyanyi tadi hanya nak dapatkan pujian, baik tak payah. Buang air liur aje.” Amelia menarik muka. Tadi bukan main romantik. Bila cintanya terbalas, dalang balik peranagai gila-gilanya itu. Amelia mengeluh dalam hati.
            Tengku deniel hanya ketawa sebaik mendengar komen Amelia. Hatinya berbunga riang di saat Amelia mengungkapkan kata cinta kepadanya. Mati-mati dia fikir yang Amelia sudah mempunyai teman istimewa. Namun senyumannya terhenti apabila mindanya teringat yang Amelia pernah berbual melalui telefon bimbit untuk mengahwini lelaki lain. Dia cepat-cepat mengawal perasaannya. Dia benar-benar berharap yang perbualan itu hanyalah satu gurauan.






           

aqi tuu aku da p blajaq keta....uhuhu x semena-mena ada pgwai JPAM my ajk aku msuk jd pgawai sukarelawan
aku pown boh nama jaa larh....ksian ngat aku tgk dia

Saturday, 19 January 2013

hmm aku nk pblish novel aku tuu...tp xciap2 g....konflik ada dah dalam palotak...tp masih dalam prosess lg...ntah bila nk siap pown...eden tak tau....qamai kata jln cita ok n best tp aku xtau larh...maleh nk karang pown ada nii....kisah cinta tuu....dah melambakk kat psran dahh...tkot ktua editor rejek jaa....tp njwa nazri kata ok....cita mapu pown oqang tima...ntah lerr

hmm aqi ni aku msk kt umah...ye la...mak aku da tetamu...so aku xleyh laqi larh...
msk ikn bwal sweet sour2...ikn goreng tepung...n many2 more....perghh...sdap woo....

Thursday, 17 January 2013

my new blog

hmm aku bwu dpt blog aqi ni ehehe...Imanina Aziz yg tlog bnyak...kwn skolah also kwn pgakap...ma qasyeh iman...alarh dlm pgakap kan MENOLONG ORANG PD SETIAP MASA???huhu...daa

TesTing2


Diz is testing2 from Imanina Aziz ok?

Haha

p/s : Wish gud luck to mone n hope she can use this blog wisely .. :p ^^